Lagi kes buli didedahkan pengguna facebook

Makin menjadi-jadi... tapi ini kes Isnin lepas yang kembali hot selepas kejadian seorang wanita mangsa buli 'viral' pada Selasa.
Ini kisah seorang wanita berusia 26 tahun yang mendakwa dia telah ditampar seorang pemandu teksi kerana tidak memberikan jalan kepadanya dalam kesesakan lalu lintas, pada Isnin.

Dengar bibir pecah, wanita itu membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi .

Menurut laporan tyang disiarkan di facebook Friends of BN itu, kejadian itu berlaku kira-kira 7.40 pagi apabila mangsa memandu dari Bandar Manjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angsoka di ibu kota.

Dia mendakwa terdapat kenderaan yang diletakkan pada kedua-dua belah jalan raya dan tiba-tiba dia mendapati dirinya berdepan dengan teksi dari arah bertentangan.

Katanya, pemandu teksi itu membunyikan hon padanya supaya memberi laluan dan apabila dia tidak endah, pemandu teksi itu kemudian merempuh bahagian depan keretanya.

“Pemandu teksi turun dan berjalan ke arah saya dan menampar saya di sebelah kanan dan pipi kiri.

“Saya cuba untuk melawan, tetapi tidak boleh kerana dia adalah seorang lelaki. Saya mengalami kecederaan di pipi kanan kerana ditampar dan dicubit,” katanya dalam laporan itu.

Dia juga mendakwa bumper keretanya dan bonet rosak disebabkan pemandu itu merempuh kenderaannya.

Pada Selasa, seorang lelaki ditahan di Subang Jaya selepas polis bertindak atas maklumat daripada mangsa buli berusia 35 tahun.

Dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara-Puchong itu, difahamkan, mangsa sedang memandu sebuah kereta Perodua Kenari sebelum dia bertindak menekan hon beberapa kali terhadap lelaki berkenaan yang memandu secara cuai kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV.

Lelaki tersebut yang berang menunjukkan isyarat lucah selain menghalang dan memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta wanita tersebut lalu mengarahkannya keluar tetapi mangsa enggan.

Berikutan itu, lelaki tersebut meludah cermin hadapan kereta tersebut serta membengkokkan pengelap cerminnya sebelum beredar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana