Krisis Air Selangor Sebabkan Kerugian Besar Kepada Industri....Kerajaan Selangor Banyak Berpolitik

KUALA LUMPUR 10 Nov - Krisis bekalan air yang melanda Selangor awal tahun ini berikutan kekurangan sumber air telah mengakibatkan kerugian besar kepada beberapa kumpulan industri, selain membantutkan aktiviti pembangunan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata antara yang terjejas teruk ialah industri memproses makanan dan minuman, industri getah, elektrik dan elektronik, pelancongan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Beliau berkata, berdasarkan maklumat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 30 syarikat juga telah mengalami kerugian besar akibat pelaksanaan agihan air secara berjadual.

"Contohnya, Nestle telah mengalami kerugian RM15 juta sehari, Monin Asia menganggarkan kerugian sebanyak RM11.2 juta sebulan, sementara Panasonic terpaksa melepaskan tempahan sebanyak RM40 juta.

"Ada kilang yang yang terpaksa membatalkan tempahan dan juga yang terpaksa mengalihkan operasi mereka ke kawasan lain termasuk di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ar Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, kekurangan bekalan air di Lembah Klang sejak 2012 mengakibatkan 855 permohonan kebenaran merancang (DO) terpaksa ditangguhkan kelulusannya, menyebabkan banyak projek pembangunan gagal dilaksana mengikut perancangan pelabur.

"Keadaan ini telah menjejaskan keyakinan pelabur terutama di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

"Saya jangka keadaan ini hanya akan pulih menjelang 2017 dengan siapnya Projek Loji Rawatan Air Langat II," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana