Konvensyen DAP P Pinang Dikejutkan Oleh Kritikan Perwakilan

BUKIT MERTAJAM: Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, pada Ahad dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut.

Perwakilan dari Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok.

Katanya, Lim yang juga setiausaha agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya.

"Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz, Apa sudah jadi?," katanya ketika sesi perbahasan.

Keberanian Shamser Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam.

Shamser Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah," katanya.

Namun, persoalan itu dijawab oleh Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang berkata akan memberi arahan kepada MPPP untuk memberi saman kepada pemandunya.

Guan Eng turut menyalahkan media yang didakwanya sering memperbesarkan isu kecil serta melaporkan berita berat sebelah mengenai dirinya.

"Apabila saya bercakap mengenai perkara yang lebih mustahak, media langsung tidak laporkan. Tetapi isu mengenai kereta saya, ia menjadi begitu besar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana