Khalid tak takut jika kerajaan negeri mahu siasat pampasan RM2.5 j

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar kerajaan negeri untuk menjalankan siasatan terhadap peruntukan pampasan yang diberikan kepada kesemua bekas kakitangan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berhenti secara sukarela.

Malah bekas Menteri Besar Selangor itu seterusnya berkata hal itu turut dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada kesemua exco kerajaan negeri dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Saya mengikut segala prosedur dan ia boleh diaudit.

"Ia merupakan perberhentian secara sukarela dimana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan Menteri Besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sajian Rakyat di Sungai Besi, petang tadi.

Khalid memberikan reaksi terhadap dakwaan pemberian pampasan itu tidak mengikut prosedur perjanjian kakitangan dan syarikat, selain jumlah pampasan itu 'tidak masuk akal'.

Terdahulu ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar melalui satu kenyataan di laman mikro Twitternya mempersoalkan sama ada kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan semula wang terbabit daripada mereka yang terlibat.

Jumlah tersebut dikatakan dibayar sebagai ganjaran kepada tujuh orang pembantu Khalid, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz.

Sementara itu Azmin hari ini enggan mengulas desas-desus kononnya kerajaan negeri akan mendapatkan semula wang berjumlah RM2.5 juta berkenaan.

"Biar saya dapatkan butirannya terlebih dahulu," ujarnya ringkas apabila diajukan hal berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana