Khalid kata exco kata lulus pampasan...Exco kata bukan mereka yang luluskan pampasan...mana satu ni...?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata pembayaran pampasan bernilai RM 2.6 juta kepada lapan pembantunya diluluskan ahli lembaga pengarah Perbadanan Menteri Besar (MBI), setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri TERMASUK empat exco kerajaan negeri.

Tapi lain pula kenyataan yang dikeluarkan bekas exco, Sallehen Mukhyi.

Tegas beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI.

Malah Exco hanya diberitahu jumlah keseluruhannya dan siapa yang bakal mendapat habuan ratusan ribu ringgit itu.

"Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

"Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Sallehen adalah antara salah seorang daripada empat exco PAS yang kekal bersama Khalid ketika kemelut menteri besar Selangor walaupun enam exco PKR dan DAP dipecat.

Ujar Adun Sabak itu lagi, pembayaran pampasan juga dilakukan pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Khalid.

Ini sekaligus menimbulkan kesangsian seolah-olah pembayaran tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.

"Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan,” katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebarang tuduhan tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci.

"Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya.

Khalid dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa  berhubung pemberian pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan orang bekas pembantunya, yang dilakukan sebelum beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Lapan individu berkenaan termasuk bekas Ketua Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz, serta enam bekas kakitangan MBI yang lain meletak jawatan secara sukarela akibat pertukaran pucuk pimpinan negeri kepada Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali.

Dikhabarkan Faekah menerima hampir RM700,000 sementara Arfa'eza menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politik Khalid, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana