Khairy Belasah Astro menyusahkan rakyat

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen satelit berbayar, Astro sekali lagi dikecam berhubung kadar bayarannya yang dianggap keterlaluan dan membebankan pengguna.

Kecaman terhadap Astro kali ini dilemparkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan stesen televisyen yang memonopoli hak penyiaran itu sebagai menyusahkan rakyat.
Beliau memberi contoh stesen televisyen itu memiliki hak penyiaran perlawanan membabitkan kelab Manchester United dan mengenakan kadar bayaran yang tinggi jika mahu menontonnya.

Menyifatkan Astro sebagai tidak mesra pelanggan katanya, “Tidak mengapalah kalau ada persaingan, tetapi Astro memonopoli. Janganlah menyusahkan rakyat dengan bayaran yang tinggi.”

“Nak tengok pasukan bola sepak terbaik di dunia seperti Manchester United, kena pakai Astro, paling tidak hendak tengok pasukan ‘common’ Chelsea pun kena tengok Astro,” jelas beliau sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas Astro yang menaikkan kadar bayaran selepas memperkenalkan beberapa saluran, lapor FMT.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana