Kes liwat: Pendakwa raya komited untuk tambah hukuman jika Anwar bersalah

PUTRAJAYA 7 Nov. - Pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan komitmen untuk meminta hukuman terhadap Anwar ditambah sekiranya keputusan prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, perkara itu telahpun diketengahkan dalam prosiding selama lapan hari yang bermula pada Selasa minggu lepas.

"Pejabat Peguam Negara telah meminta mahkamah agar mempertimbangkan hukuman penjara ditambah jika Anwar didapati bersalah. Kerana jika beliau didapati bersalah bermakna ini bukan kali pertama beliau terlibat dengan kes meliwat.

"Ingat kes pertama beliau walaupun mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman tetapi mahkamah mendapati terdapat bukti aktiviti homoseksual.

"Baru-baru ini beliau telah meminta agar perenggan berkenaan dipadam dalam keputusan bertulis tetapi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan," kata Muhammad Shafee kepada pemberita di sini petang tadi,

Mahkamah Persekutuan hari ini tamat mendengar hujah rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana didapati bersalah meliwat pembantu beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun mengangguhkan keputusan prosiding berkenaan pada satu tarikh yang akan dimaklum kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana