KES BULI: ABBY ABADI SALAHKAN PIHAK BERKUASA...BENGONG TAK HABIS HABIS LAGI

Habis masalah yang dihadapi sebelum ini semuanya salah pihak berkuasalah....Janganlah pakai otak dikepala Lutut lah.Setiap kesalahan yang melibatkan BULI terletak dibahu pihak berkuasa lah?

Kuala Lumpur – Selepas Wardina Safiyya, kini tiba giliran pelakon Abby Abadi mengulas mengenai kes buli yang kini hangat diperkatakan.

Tidak seperti Wardina yang menyalahkan pembikin filem kerana membantu menyebabkan gejala ini kian berleluasa, Abby pula berpandangan bahawa pihak berkuasa yang patut dipersalahkan.

Melalui laman sosial Instagram, Abby mendakwa kejadian buli yang semakin hangat kini adalah disebabkan kelonggaran undang-undang dan pihak berkuasa walaupun menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Wardina sebelum ini.

“Saya sokong penuh apa yang Wardina sebutkan, tapi saya lebih rela menyalahkan pihak berkuasa kerana dengan undang-undang lah rakyat akan terdidik sebaiknya,” ujarnya.

Selain pihak berkuasa, media juga memberi pengaruh negatif yang turut memberi kesan kepada masyarakat.

Malah, beliau juga mendakwa faktor kurangnya kesedaran agama dalam dunia hiburan juga menjadi penyebab berlakunya kejadian seperti itu.

“Media seperti televisyen, filem, surat khabar, majalah dan sebagainya memang memberi pengaruh besar kepada masyarakat.

“Lagi pula dunia hiburan di Malaysia yang tidak membawa Islam bersama. Bila hukum Allah dipandang sepi, inilah antara bala yang perlu kita tanggung bersama,” katanya.

Semalam, lima remaja yang terbabit dalam satu klip video memaparkan seorang pelajar dibuli sekumpulan pelajar lain mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim pada 24 Mei lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana