Kerajaan Selangor beri 'gula-gula' pada pembangkang

Ini politik nak tunjuk baik... al kisah Menteri Besar Baru Selangor Mohamad Azmin Ali yang bagi beberapa keistimewaan atau 'gula-gula' kepada pembangkang di negeri tersebut.
Di samping bagi peruntukkan RM700,000 pada setiap ADUN Pakatan, Azmin juga (pertama kali) bagi peruntukkan RM200,000 kepada setiap ADUN pembangkang.

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, pembangkang ada 12 kerusi yang semuanya ADUN UMNO.

Bagi Setiausaha ADUN BN Selangor Budiman Zohdi, pihaknya belum mengambil keputusan hendak terima atau tidak peruntukkan tersebut.

"Kita biasa buat keputusan secara konsensus. Kita bincang dulu pro dan kontra sebelum terima apa sahaja dalam dewan.

“Belum ada perbincangan lagi. Kita akan buat (mesyuarat) dalam waktu terdekat,” kata beliau.

Budiman turut mempertikaikan jumlah berbeza ditawarkan kerajaan negeri pakatan tersebut.

“Kita musykil dengan niat mereka (kerajaan negeri). Kalau benar ikhlas kenapa ada dua jumlah berbeza? Adun mereka (pakatan) terima RM700 ribu sedangkan kita ditawarkan RM200 ribu. Niat dari baik jadi ‘suspicious’, macam ada sesuatu. Beza jumlahnya sangat besar. Setengah juta itu satu jumlah yang besar,” katanya.

Sementara itu Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsuddin Lias turut dapat 'gula-gula' selepas menerima keistimewaan dan kemudahan bernilai RM100,424.88 setahun.

Shamsuddin diberikan sebuah kenderaan rasmi, bayaran untuk elaun pemandu dan seorang setiausaha kerja setaraf dengan penjawat awam Gred 54.

Menurut Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata keistimewaan dan kemudahan itu diberikan seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013.

Katanya, Ketua Pembangkang merupakan kompenan kerajaan yang memainkan peranan penting sebagai ‘semak dan imbang’ kepada Kerajaan walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“Ia diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas dengan lebih efisen.

“Ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam meraikan amalan demokrasi berparlimen di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Shamsudin dalam reaksinya menghargai usaha Kerajaan Negeri atas pengiktirafan yang diberikan dan berjanji akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

“Saya amat menghargai pengiktirafan, sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada saya selaku Ketua Pembangkang.

“Saya berjanji akan memainkan peranan dan memberi kerjasama yang baik untuk menyaksikan sistem demokrasi di Selangor berjalan baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana