Kerajaan Persekutuan dolak-dalih - Azmin Ali Sedapnya mulut...

SHAH ALAM: Tindakan berdolak-dalih kerajaan Persekutuan dalam memberi tekanan ke atas beberapa syarikat agar menandatangani perjanjian penstrukturan semula air Selangor menyebabkan isu itu tertangguh sehingga kini.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata tempoh menandatangani perjanjian itu hampir tamat dan pihaknya tidak akan berdiam diri sehingga kata putus dapat dicapai.

Malah, tegas Azmin beliau tidak mahu berlaku kelewatan dalam pelaksanaan itu kerana ia akan memberi kesan kepada pengguna dan rakyat negeri itu.

“Sepertimana dinyatakan menteri dalam tempoh lima minggu ada perjanjian yang perlu ditandatangani antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.

“Tetapi Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dan tidak mengenakan satu tekanan pada syarikat berkenaan untuk selesaikan penstrukturan industri air ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Tadika Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pagi tadi.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Pusat yang terus melengah-lengahkan pelaksanaan penstrukturan industri air di Selangor.

Dalam pada itu kata Azmin, sehingga kini pihak kementerian tidak memberi jawapan berhubung permohonan mendedahkan isi kandungan perjanjian air.

“Surat saya yang dihantar tiga minggu lepas kepada menteri mohon kerajaan Persekutuan untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, malang sekali tidak dijawab sehingga hari ini.

"Oleh kerana tempoh menandatangani perjanjian antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri akan tamat dalam masa terdekat maka kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan rasmi esok,” katanya lagi.

Kerajaan Negeri September lalu memeterai perjanjian induk pengambilalihan industri air dengan disaksikan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Perjanjian air itu pada awalnya ditandatangani Khalid sebagai timbal balik kepada kelancaran program penstrkturan semula insdustri air di Selangor.

Namun sehingga perjanjian air yang membolehkan projek Langat 2 diteruskan ditandatangani, perjanjian antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat konsesi masih belum dimeterai.

Dalam perkembangan berlainan, Azmin berkata kerajaan Negeri kini dalam usaha mencari mekanisme bagi memastikan setiap kanak-kanak di Selangor memperoleh akses kepada pendidikan termasuk golongan istimewa.

Menurut Azmin, iltizam itu selaras dengan perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan kanak-kanak cacat anggota juga patut diberikan penjagaan dan sokongan termasuk hak untuk mendapatkan pendidikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana