Kerajaan DAP hanya benar kerajaan Pusat bina rumah mampu milik di Air Itam....macam sial jer DAP ni

Selepas beberapa kontroversi dan jawab menjawab di akhbar, Ketua Menteri Lim Guan Eng membenarkan kerajaan Pusat melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membina rumah mampu milik tetapi hanya di satu kawasan iaitu Air Itam.
Selain itu 1MDB dikenakan syarat ketat iaitu tidak boleh membina selain dari rumah mampu milik (rumah murah) untuk menaikkan nilai hartanan di situ.

Menurut Guan Eng rancangan 1MDB yang diumumkan selepas membeli tanah itu adalah untuk membina 9,999 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

"Saya beri amaran kepada 1MDB bahawa kami tidak akan membenarkannya membina selain daripada rumah mampu milik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Selasa.

Guan Eng berkata 1MDB juga tidak akan dibenarkan memindah mereka yang menduduki tanah itu, tanpa dibayar pampasan sewajarnya.

Bagaimanapun, kata Lim setakat ini 1MDB tidak memohon kelulusan perancangan bagi sebarang projek di tanah itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita bulan lepas bahawa selain membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik, 1MDB juga bercadang menggunakan tanah itu bagi tujuan pembangunan lain untuk menjana nilai lebih tinggi bagi tanah yang dibelinya.

1MDB membeli tanah itu pada harga RM1.38 bilion dan berjanji membina 9,999 unit rumah mampu milik.

Sebelum PRU13 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan membina 9,999 rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di tiga kawasan di negeri itu.

Katanya kerajaan Persekutuan melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menandatangani perjanjian untuk membeli tanah bagi membina 2,222 rumah kos sederhana rendah dan 1,111 rumah mampu milik, masing-masing di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong, yang lengkap dengan pelbagai kemudahan rekreasi.

"Dalam lawatan saya ke Pulau Pinang baru-baru ini, saya berjanji untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat negeri ini. Kini, kita akan membina kira-kira 10,000 unit rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik di Pulau Pinang," katanya.

Selain itu, Najib berkata mereka yang tinggal di 962 rumah satu bilik di Kampung Melayu, akan diberi rumah baharu tiga bilik yang merupakan sebahagian daripada pembangunan perumahan mampu milik di Air Itam.

Perdana Menteri berkata di Padang Tembak, tanah FRU akan digabungkan dengan tanah tapak rumah pangsa Padang Tembak sekarang, untuk pembinaan 4,800 rumah kos sederhana rendah baharu dengan kemudahan rekreasi yang lebih banyak.

Penghuni rumah pangsa Padang Tembak sedia ada akan memiliki rumah baharu dengan ruang yang lebih luas dan selesa. Rumah baharu ini dua kali ganda lebih besar daripada rumah sekarang, katanya.

"Jika mereka yang tinggal di unit seluas 300 kaki persegi, mereka akan berpindah ke rumah yang lebih besar seluas 700 kaki persegi dan jika mereka tinggal di unit bersaiz 400 kaki persegi, mereka akan berpindah ke rumah bersaiz dua kali ganda iaitu 800 kaki persegi.

"Inilah komitmen kerajaan Barisan Nasional melalui 1MDB agar rakyat Pulau Pinang memiliki rumah yang lebih selesa memandangkan masalah besar rakyat Pulau Pinang kini ialah kurangnya rumah-rumah yang dibina dalam lingkungan harga mampu milik," kata Perdana Menteri.

Najib berkata pada masa ini, kebanyakan rumah yang dibina di Pulau Pinang berharga lebih RM700,000, dan ramai penduduk tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Malangnya pakatan menyatakan mereka akan menutup 1MDB jika berkuasa di negara ini, sedangkan institusi berkenaan banyak membela rakyat.

"Sebab itu dalam aku janji BN...dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan bina sejuta rumah mampu milik di seluruh negara (sedangkan) pakatan hanya akan bina 150,000 unit rumah. Itu pun, berapa yang mereka nak bina?," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana