Kenapa fokus keburukan 1MDB?...dah sumbang RM382 juta untuk khidmat sosial

Adakalanya orang lupa pada kebaikan kerana terlampau nak korek keburukan.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan Khamis meminta semua pihak melihat pula pada aspek positif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen beliau menghuraikan 1MDB sudah menghulurkan sumbangan khidmat sosial dan masyarakat (CSR) sebanyak RM382.3 juta sejak ia wujud pada tahun 2009.

Ini katanya menjadikan 1MBD penyumbang terbesar CSR dikalangan syarikat milik kerajaan .

Antaranya sebanyak RM 28.2 juta untuk menghantar 2,300 orang menunaikan ibadah Haji.

Selain itu sebanyak RM76 juta untuk Bantuan Teksi 1Malaysia (TRIMA) ,RM 7.37 juta untuk Klinik Bergerak 1Malaysia,RM14.5 juta untuk program Jalinan Murni membantu orang Asli.
Beliau bertanya kenapa hanya fokus kepada soal keburukan.

Ahmad Maslan kata sumbangan ini semua dihulurkan Yayasan 1MDB dari keuntungan yang diperolehi oleh 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana