Kelantan timbang pakai mini gilotin potong anggota pesalah hukum Hudud

Jangan kata tengok,kalau dengar saja tentang alat ini sudah cukup ngeri dan menyeramkan.

Gilotin,itu alat pemotong kepala yang digunakan untuk hukum orang di Peranchis pada tahun lewat abad ke 17 dulu.

Bayangkan kepala disorong dalam pengikat dan alat pemancung kemudian menghempap sampai putus.

Dalam lipatan sejarah kisah pengunaan gilotin yang paling popular dan masih segar dalam ingatan orang sampai ke hari ini ialah hukuman potong kepala keatas Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793

Nampaknya isu ini sudah menjadi polimek baru yang mencuri perhatian gara-gara cadangan kerajaan negeri Kelantan sedang timbang untuk gunakan mini gilotin hukum orang dalam melaksanakan hukum Hudud.
Hal ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan dipetik oleh The Star Online Ahad sebagai berkata negeri itu menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.

Mohd Amar berkata, alat pemenggal kepala itu lebih cepat berkesan dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk menarik tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor untuk memastikan orang yang dihukum itu tidak mengalami sebarang kejutan.

Malah hakim menjatuhkan hukuman itu juga perlu hadir.

"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," katanya.

Mohd Amar berkata kaedah kemungkinan untuk menjatuhkan hukuman termasuk memotong anggota badan pesalah di bawah Kanun Jenayah Syariah II 1993, telah dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Beliau yang tidak hadir pada mesyuarat itu kerana menunaikan ibadah Haji berkata, antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah lapan orang mufti dan beberapa orang doktor.

"Saya akan hadir pada mesyuarat seterusnya dan memberi cadangan mengenai alat pemenggal kepala mini ini dengan lebih terperinci," katanya.

Kerajaan negeri Kelantan bercadang hendak membawa usul persendirian mengenai Hudud di Parlimen dalam masa terdekat dalam langkah untuk melaksanakan udang-undang berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana