Kekalkan Akta Hasutan- Muhyiddin Yassin...Syabas UMNO

KUALA LUMPUR- Tan Sri Muhyiddin menyatakan bahawa Akta Hasutan wajar dikekalkan disamping beberapa penambahbaikan termasuk peruntukan khas dalam membela beberapa akta perlembangaan yang lain.

“Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan”, ujar Muhyiddin

Berucap dalam majlis perasmian serentak sayap parti UMNO di Dewan Merdeka PWTC sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin menegaskan peruntukan khas tersebut termasuklah  kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa akta hasutan tidak boleh dilihat hanya membela orang melayu semata-mata akan tetapi membela hak-hak semua kaum dalam memastikan perpaduan terpelihara dan keharmonian nasional dijaga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana