Kejutan menanti pembangkang pada PRN11

KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang BN di Sarawak, telah menyediakan beberapa kejutan untuk pembangkang pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11).
 
Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri, berkata pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga Jun 2016 apabila tempoh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir.
 
"Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangyang yang kami tidak akan mendedahkannya sekarang," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.
 
Ketika ditanya sama ada penampilan beberapa muka baharu pada pilihan raya akan menjadi sebahagian daripada kejutan, beliau menjawab: "Kejutan ialah kejutan. Saya tidak boleh mengumumkan sekarang".
 
Pada masa ini, PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi dalam Dun Sarawak yang dimenangi pada pilihan raya negeri lepas pada 2011. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana