KEBEBASAN MEDIA : MENTERI MALUKAN CAUVENIS DAP DI PARLIMEN

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Khor Ming, dimalukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek ekoran cuba memutarbelitkan fakta mengenai tahap kebebasan akhbar di Malaysia.

Dengan menggunakan laporan yang dikeluarkan oleh 'Reporters Without Borders', Nga dengan bangganya mendakwa Malaysia berada di tangga tercorot dalam kebebasan media.

Namun begitu, dakwaan Nga berjaya disangkal oleh Shabery yang membawakan hujjah bahawasanya tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menghalang akhbar Utusan Malaysia untuk masuk kedalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga merupakan salah satu punca kejatuhan skala kebebasan media Malaysia di pentas antarabangsa.

 Dalam masa yang sama Shabery juga sempat menyelar pemimpin DAP tersebut kerana diam dan tidak mengambil sebarang tindakan keatas ahli DAP yang juga merupakan ahli parlimen Kucing, Chong Chieng Jen, yang mencela Lagu Negaraku dimainkan dipawagam pada bulan kemerdekaan.

"Ini bukan sahaja mencerminkan sikap yang berhormat Kuching, tetapi ianya memaparkan sikap parti yang berhormat terhadap lagu negaraku apabila dimainkan." ujar Shabery.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana