Kaw..Kaw Pak Samad Belasah...Naif Atau Buta, Soal ISMA

KUALA LUMPUR 25 Nov - Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mengecam bekas Sasterawan Negara A Samad Said ekoran bertindak dalam isu serangan terhadap Islam dan Melayu kepada golonga tertentu sahaja.

Ketua Unit Kajian Dasar ISMA Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, ISMA keliru dengan tindakan Samad yang mengulas isu berkenaan secara 'bermusim'.

“Jika kenyataan itu datang daripada ahli politik yang menggunakannya sebagai alasan, ia boleh difahami, kerana mereka sering lakukannya untuk menyembunyikan kebenaran,” katanya yang dipetik Malaysiakini, hari ini.

Beliau mendakwa Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad dan beberapa pemimpin Melayu sudah dimanipulasi oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan hak kewarganegaraan.

Badhrulhisham mempersoal jika tokoh Melayu itu “buta atau naif berhubung fakta itu”.

“Bukti jelas, acara dan petisyen untuk mencabar Islam dan Melayu sudah ada sejak beberapa tahun di negara ini, menunjukkan ada ancaman yang benar,” katanya.

Samad semalam berkata dakwaan bahawa Melayu dan Islam sedang terancam hanya timbul secara bermusim menjelang pilihan raya dan perhimpunan agung Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana