Kadar AIDS tinggi di Kelantan kerana Golok bersebelahan, kata Nik Abduh

KUALA LUMPUR: Kelantan mempunyai kes HIV dan AIDS kedua paling tinggi di Malaysia kerana negeri itu bersempadan dengan Golok, Thailand yang menjadi pusat seks di negara jiran itu, kata Nik Abduh Nik Aziz.

Anak kepada mantan menteri besar Kelantan itu berkata sungguhpun Kedah, Perlis dan Perak turut berkongsi sempadan dengan Thailand, khidmat seks dan salah guna dadah di Golok paling menonjol.

Golok adalah pekan di daerah Narathiwat  yang bersempadan dengan Rantau Panjang di Kelantan dan dipisahkan oleh Sungai Golok.

Menurut Yayasan Aids Malaysia, kadar pesakit HIV di Kelantan adalah 28.8 kes untuk setiap 100,000 penduduknya. Kadar itu adalah dua kali ganda berbanding statistik nasional.

Setiausaha Agung Yayasan Aids Malaysia Hisham Hussein said berkata Kelantan merangkumi 207 kes baru daripada 3,393 yang dikesan di seluruh negara.

Berucap di sebuah forum, Nik Abduh mempertahankan kerajaan negeri dalam usaha  mengekang jangkitan AIDS di Kelantan.

Beliau berkata pihaknya telah memohon bantuan Putrajaya menerusi ahli Parlimennya.

“Jika anda tidak berpuas hati tolong bantu Kelantan. Silap mengatakan Kelantan tidak ada idea. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk memberi kesedaran kepada penduduk Kelantan untuk mengurangkan kes AIDS,” kata beliau.

Jangkitan HIV dan AIDS serta jumlah penagih dadah tinggi di Kelantan selama ini membantut usaha kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mengangkat negeri itu sebagai Serambi Makkah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana