Jika ini terjadi pada anda.... apa tindakan anda?

JPJ jual kereta curi lambang kecuaian yng tidak dapat dimaafkan.
Sikap cuai mereka, pembeli yang menerima kesan buruk....

JUAL KERETA CURI: JPJ DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM76,835
SHAH ALAM 7 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membayar ganti rugi berjumlah RM76,835 kepada seorang pelakon sambilan kerana didapati cuai menjual kereta curi kepada lelaki tersebut, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff dalam keputusannya meme­rintahkan ganti rugi khas sebanyak RM11,835 dan ganti rugi am RM50,000 dibayar kepada Mohd. Iskandar Idris, 32, yang juga seorang peniaga.

Selain itu, mahkamah mengarahkan JPJ selaku defendan membayar kos berjumlah RM15,000 kepada Mohd. Iskandar, selaku plaintif. Dalam penghakimannya, Hakim Rozana berkata, JPJ telah cuai menjual kereta curi kepada plaintif dan perlu bertanggungjawab atas ke­cuaian itu.
Mohd. Iskandar memfailkan saman terhadap Penolong Ketua Pengarah JPJ Selangor ketika itu, Adenan Md. Isa dan Ketua Pengarah JPJ serta kerajaan Malaysia pada 13 September 2012.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, plaintif telah membeli kereta jenis Kancil itu dengan harga RM1,250 melalui jualan lelongan awam oleh JPJ di Padang Jawa, di sini pada 31 Oktober 2008.
Walau bagaimanapun pada 14 September 2009 iaitu tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri, plaintif telah ditahan polis ketika berniaga di pasar Ramadan atas alasan memiliki kereta curi.
Akibat kejadian itu, plaintif mengalami trauma kerana telah digari oleh pihak polis di hadapan orang ramai sehingga menyebabkan perniagaan jual beli kenderaannya ditutup kerana hilang kepercayaan masyarakat terhadapnya.

Dia juga telah ditahan sema­laman di lokap balai polis Seapark, Petaling Jaya. Plaintif diwakili peguam Datuk Mohd. Hakimi Ab. Kadir manakala JPJ diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nurhasmanita Abdul Manap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana