Jet pejuang termahal AS berjaya ujian mendarat di kapal induk

WASHINGTON: Jet pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari ini dengan pegawai menyifatkan ia satu lembaran baru dalam penghasilan pesawat perang berteknologi tinggi.

F-35 Joint Strike Fighter dihasilkan menerusi program persenjataan paling mahal dalam sejarah Amerika dengan diselubungi pelbagai masalah teknikal dan peningkatan kos, namun Pentagon menganggap kejayaannya mendarat di laut sebagai satu titik-tolak paling diperlukan.

Penerbangan ujian oleh Joint Strike Fighter itu berjaya mendarat di kapal induk USS Nimitz di perairan San Diego, dengan juruterbang berjaya mengawal dan mendaratkan pesawat dengan selamat menggunakan sistem penyangkuk ekor, demikian menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan mempunyai varian - model biasa, model kedua dengan pendaratan pendek dan pelepasan vertikal atau menegak, manakala model ketiga iaitu F-35C yang direka khas untuk kegunaan dari kapal induk.

"Hari ini adalah petanda kejayaan pembangunan F-35C," kata juruterbang ujiannya, Komander Tony Wilson.

Ujian penerbangan di laut itu akan berlanjutan kira-kira dua minggu dan Tentera Laut AS berharap pesawat boleh dihantar ke kapal induk perangnya menjelang 2018.

"Kami yakin menerusi program ujian ini banyak yang boleh dipelajari lagi bagi memastikan pesawat F-35 lebih berkesan sebagai salah satu platform persenjataan," kata " Lt Jeneral Chris Bogdan, ketua program F-35 dalam satu kenyataan.

Pentagon bercadang membelanjakan AS$391.2 bilion untuk pembangunan 2,443 unit pesawat F-35 yang dikeluarkan oleh firma pertahanan gergasi, Lockheed Martin.

Pesawat berkenaan akan menjadi tulang belakang kepada kekuatan ketenteraan untuk masa depan Amerika bagi memastikan dominasi tentera AS di ruang angkasa dengan dibantu oleh teknologi radar.

Namun program itu berdepan pelbagai masalah dengan yang terbaru Jun lalu apabila enjinnya terbakar secara misteri dan insiden itu membawa kepada pembatalan F-35 muncul dalam pertunjukan udara berprestij Farnborough di Britain. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana