Jangan anggap yang indah itu baik ......Sedarlah

Tidak ada orang yang bercerita yang tidak baik terhadap sesuatu yang disukainya. tetapi akan mengata, menghina dan melabel sehina2nya sesuatu yang tidak disukai.

Belum tentu yang tidak disukai dan dimaki, dihina serta dicerca itu benar2 buruk, busuk, hina dan tidak berguna. Dan belum tentu yang disukai itu cantik, wangi, mulia dan yang terbaik. Mungkin dilihat dari luarannya kelihatan cantik kerana luaran itu hanyalah hiasan sahaja untuk memikat orang lain.

Jamban untuk buang air besar dan kencing jika dihias dengan cantik diluarnya mungkin ia boleh kelihatan seperti istana. mungkin boleh jadi kelihatan seperti hotel, restoran atau pasaraya.

Tetapi apabila sudah berada di dalam barulah kita tahu yang sebenarnya. Hakikatnya di dalam tandas tersebut hanya ada sinki, mangkuk tandas dan paip air. Fungsinya tetap untuk membuang najis. Letaklah wangian apa pun tetapi bau najis tetap ada.

Sebab itulah yang masuk pasti akan keluar semula. Tak kurang juga terkejut. Ada juga yang tidak sangka dengan apa yang dianggapnya selama ini yang sebaliknya. Ramai yang sudah keluar. Ada yang keluar sebab tak tahan dengan bau taik. Ada juga yang keluar tak tahan dengan bau hancing. Malah ada yang keluar sebab tak tahan dengan bau taik dan hancing. Ada yang keluar semula kerana di dalamnya tidak ada emas berlian intan zamrud. Tapi ramai yang sanggup menahan bau taik dan hancing semata2 tidak mahu diketawakan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana