Isu tebusan...bila MP PKR ini buat-buat tak faham

Ini contoh apa yang dikatakan atas nama politik apa saja sanggup diputar untuk bakar sentimen demi undi.
Kalau orang lain mungkin agak kurang menghairankan namun cakap ini keluar dari seorang bekas pegawai tinggi TLDM.

Sekalipun sudah jadi Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Lumut,Perak,bekas Laksamana Pertama Haji Imran Hamid sepatutnya cukup maklum mengenai aspek keselamatan dan SOP melibatkan kes orang tebusan.

Jangan kerana sudah masuk dalam kandang pembangkang segala prinsip asas hendak dilempar ke dalam longkang.

Bayangkan bekas pegawai tinggi TLDM ini turut serta mendesak kerajaan membayar wang tebusan RM6 juta yakni RM3 juta seorang untuk membebaskan dua rakyat Malaysia yang diculik oleh gerombolan dari Selatan Filipina.

Dua yang diculik ialah seorang penternak ikan Chan Sai Chiun pada 16 Jun dan anggota polis Zakiah Aliep pada 12 Julai tahun ini.

Lebih teruk Haji Imran dipetik cuba main sentimen mempersoalkan kenapa kerajaan tidak boleh bayar wang tebusan sedangkan berbilion ringgit dibelanjakan untuk tujuan lain.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang diminta mengulas desakan itu tegas berkata kerajaan tidak akan membayar wang tebusan sekalipun ia melibatkan seorang anggota polis.

Katanya dasar kerajaan ialah tidak sekali-kali melayan tuntutan wang tebusan.Namun usaha berterusan sedang dibuat untuk membebaskan mereka.

Dilihat sepintas lalu nampaknya macam baik dan budiman sekali Haji Imran dan sebaliknya seolah Zahid tidak ada hati perut.

Pendirian tidak melayan tuntutan wang tebusan bukanlah satu dasar Malaysia sahaja.Ia adalah pendirian yang diamalkan kebanyakan negara di dunia ini termasuk Amerika.

Sebagai bekas pegawai tinggi TLDM,Haji Imran bukan tidak tahu kisah popular di Selatan Filipina yakni menculik dan menuntut wang tebusan adalah satu perniagaan.

Malah ada kisah wujud kumpulan-kumpulan 'pakar' menculik di kepulauan-kepulauan Selatan Filipina.Selepas menculik mangsa akan 'dipasarkan' kepada kumpulan lain yang bergiat menuntut wang tebusan.

Kawasan Selatan Filipina khususnya di kepulauan-kepulauan adalah wilayah koboi dikuasai oleh kumpulan seperti Abu Sayaf dan sebagainya yang siapa pun tidak boleh kawal termasuk kerajaan Filipina.

Katakan satu kepala mereka berjaya dapat RM3 juta wang tebusan.Bayangkan betapa meriahnya nanti pesta menculik akan jadi.

Sasaran dan mangsa utama tentulah penduduk dan pelancong di kawasan pantai Timur Sabah.

Sekalipun ada Esscom dan kawalan tentera segala macam namun tarikan 'duit senang' akan mendorong puak-puak berani mati ini sanggup bertarung nyawa untuk menculik dan menculik.

Kalau sebelum ini seorang dua diculik dari masa ke semasa...tarikan RM3 juta satu kepala akan galak mereka angkut keluar satu tongkang orang tebusan sekali masuk.

Semua orang simpati pada nasib mangsa yang diculik dan keluarga mereka.Namun ada prinsip dan dilema dalam isu ini.

Haji Imran sepatutnya cukup faham tetapi mungkin buat-buat tidak faham kerana hendak menjadi juara tidak kena tempat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana