Isu doping: BWF gantung Chong Wei, benarkan namanya didedahkan

Ikon sukan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei digantung sementara selepas didapati sah positif dalam ujian doping, menurut Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), Selasa.
Ini adalah kali pertama badan berkenaan menyebut nama jaguh negara itu selepas laporan beberapa minggu lalu menyebutnya selaku pemain nombor satu dunia.

"Badan induk dunia sudah mengenakan penggantungan ini berpandu kepada sampel Adverse Analytical Finding yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia, Ogos lalu," menurut BWF dalam kenyataannya.

"BWF merujuk perkara itu kepada Panel Pendengaran Doping BWF dan dalam satu tempoh terdekat panel ini akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran berkenaan.

"Panel ini akan memutuskan sama ada atlet berkenaan bersalah menggunakan bahan terlarang."

Jika didapati bersalah, Chong Wei berdepan penggantungan sehingga dua tahun - satu tempoh yang bakal menamatkan kerjaya gemilang badminton ikon itu sejak 15 tahun.

Mengikut Fasal 7.6.2 dalam Peraturan Anti-Dadah BWF, atlet dikenakan larangan sementara daripada menyertai sebarang kejohanan, sebelum perbicaraan dijalankan.

Malah, dalam Fasal 14.4.1, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini dibenarkan mendedahkan nama pemainnya yang terlibat dalam perkara ini.

BWF bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini sehingga Jawatankuasa Panel Pendengaran mencapai keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana