ISMA, TUN MAHATHIR PEMIMPIN MELAYU HARAPAN DUNIA ISLAM

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, masyarakat Melayu perlu rasa yakin diri dan menyedari bahawa mereka memiliki keupayaan dalam memimpin dunia Islam.

Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Persidangan Kuala Lumpur (KL Summit 2014) adalah salah satu bukti kemampuan orang Melayu menjadi harapan dunia Islam dalam memimpin hala tuju perjuangan umat Islam.

Ustaz Abdullah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki (MTF Foundation) berkata, umat Melayu tidak perlu rasa 'inferior' dengan diri sendiri dan terus terpengaruh dengan perangkap minda dan momokan orang lain yang meletakkan bangsa Melayu dalam keadaan serba tidak mampu dan berada di kedudukan bawah berbanding kaum lain.

"Pelantikan Tun Mahathir sebagai pengerusi (KL Summit) adalah satu petanda orang Melayu memiliki kekuatan, idea dan kesungguhan yang menyebabkan umat Islam di peringkat antarabangsa memandang tinggi orang Melayu di Malaysia.

"Orang Melayu mesti berbangga atas pelantikan ini," kata beliau kepada ISMAweb selepas majlis perasmian KL Summit 2014 di Hotel Seri Pacific di sini tengahari tadi.

Persidangan anjuran ISMA, MTF Foundation dan Pusat Diplomatik Arab-Turki (TAIM) berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Ia membincangkan tajuk 'Negara sivil menurut pandangan Islam'.

Lebih 20 orang pemikir Islam, pemimpin agama dan ahli politik dari lebih 10 buah negara akan membentangkan kertas kerja mereka berkaitan tajuk tersebut.

KL Summit bertujuan mengumpulkan pemikir Islam bagi membincangkan penyelesaian bagi permasalahan umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana