Islamisasi Punca Non Muslim Boikot Sekolah Kebangsaan?

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mendakwa punca utama ramai ibu bapa bukan beragama Islam enggan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah disebabkan wujudnya program Islamisasi.

Katanya, program Islamisasi dan agenda agama di Sekolah Kebangsaan terlalu meluas sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa bukan Islam memaksa mereka memboikotnya dan lebih selesa menghantar anak masing-masing ke Sekolah Jenis Kebangsaan.Zairil Christopher - Islamisasi Di Sekolah Kebangsaan

Seimbas lalu kenyataan Zairil Khir Johari Bin Abdullah atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim Christopher itu secara tersiratnya seakan-akan membayangkan sudah menjadi polisi pendidikan di Sekolah Kebangsaan untuk mengislamkan murid bukan Islam.

Barangkali silap faham sedemikianlah telah membawa kepada wujudnya perasaan prejudis dan ketakutan ibu bapa bukan Islam untuk menghantar anak mereka menuntut di Sekolah Kebangsaan. Benarkah begitu?

Jika bukan itu maksud anak tiri kepada bekas pemimpin UMNO, Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, adakah dia mahu menyatakan proses Islamisasi pendidikan yang giat dijalankan di Sekolah Kebangsaan khusus untuk murid beragama Islam telah menakutkan ibu bapa bukan Islam?

Kenapa perlu timbul rasa takut dengan proses menambah baik pengajaran Islam di Sekolah Kebangsaan? Ia hanya untuk murid Islam sahaja. Tiada walau satu pun Sekolah Kebangsaan di negara ini yang memaksa atau mewajibkan murid bukan Islam menyertai kelas pendidikan Islam.

Adakah Zairil sedar hakikat itu?

Apa yang berlaku sejak dulu hingga sekarang semasa guru mengajar pendidikan Islam sudah menjadi polisi semua Sekolah Kebangsaan mengasingkan murid bukan Islam ke kelas lain untuk membolehkan mereka mengikuti pendidikan moral atau pengajian bahasa Cina atau Tamil.

Hatta semasa murid Islam tekun belajar pendidikan Bahasa Jawi serta Bahasa Arab seperti di sekolah anak penulis sendiri, murid-murid India bukan Islam pula dipindahkan bagi membolehkan mereka mengikuti kelas Bahasa Tamil.

Realitinya begitu dan penulis percaya ramai yang tidak akan bersetuju dengan hujah dangkal Zairil yang jelas telah menyalah anggap proses Islamisasi pendidikan untuk kebaikan murid Islam.

Sepatutnya tiada sebab untuk ibu bapa bukan Islam dari keturunan Cina khususnya merasa takut, mereka sepatutnya berbangga menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan yang memberi peluang kepada anak masing-masing bercampur gaul dengan pelbagai ras keturunan sama ada Melayu Islam, Orang Asli, Serani, India Hindu atau Muslim dan sebagainya.

Begitu juga soal mutu pendidikan pun tidak patut timbul pertikaian mengenainya kerana terbukti ramai bekas murid Melayu Islam, Orang Asli, Serani, Bumiputera Sabah Sarawak Islam atau Bukan dari Sekolah Kebangsaan yang ternyata berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi. Malah ada kalangan mereka yang pencapaiannya jauh lebih baik dari murid sekolah vernakular.

Secara keseluruhannya hujah dangkal Zairil itu sebenarnya lebih kepada alasan untuk menidakkan kepentingan perlunya Sekolah kebangsaan menjadi pilihan ramai termasuk orang Cina dan India serta secara tidak langsung kenyataannya itu boleh ditafsirkan seakan tidak menggalakkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Ini jelas sikap yang tidak baik untuk proses integrasi masyarakat.

Tapi itulah hakikatnya, sampai bila pun pemimpin DAP seperti Zairil atau sesetengah pemimpin keturunan Cina yang lain termasuk dari BN tidak akan pernah bersetuju dengan usaha menggalakkan murid bukan Islam belajar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Wawasan mereka bantah, satu sekolah untuk semua pun mereka bantah. Kini menyalahkan proses Islamisasi pula untuk menghalalkan kecenderungan ibu bapa bukan Islam menghantar anak mereka ke sekolah vernakular

Soal kesan buruk dari sikap sedemikian yang menjejaskan integrasi kaum dan persefahaman anggota masyarakat kemudian hari, tidak pernah mereka ambil peduli. Dalam hal pendidikan mereka sudah mengutamakan perkauman, jadi tidaklah pelik bila mana dalam urusan politik pun kepentingan kaum mereka juga didahulukan hingga sanggup mengusik kontrak sosial dan membawa isu sensitif yang akhirnya membangkitkan pula tindak balas orang Melayu Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana