Inilah Yang Terbaik Buat PArti UMNO.....PR Ada Berani Ker? Amalan Kritik Pemimpin Pada #PAU2014 Diteruskan - Khairy

PUTRAJAYA 20 Nov - Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau berkata ,amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu.

"Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi 'kurang ajar' kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa UMNO adalah sebuah parti Melayu.

"Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik...maknanya tetap sampai kepada pemimpin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana