Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.
“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.

“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.

Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana