Ibu mahu terjun bangunan dengan anak...Masyallah

KULIM - Cubaan seorang wanita berusia 30-an untuk terjun dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Keladi, di sini bersama bayinya berusia tujuh bulan gagal apabila mereka diselamatkan ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim.


Bekas Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu dia menerima panggilan orang awam menyatakan terdapat seorang wanita bersama anaknya cuba terjun dari sebuah bangunan.

"Saya kemudiannya mengarahkan ahli PPKM yang berada di sekitar Kulim ke tempat kejadian dan membantu menyelamatkan wanita berkenaan," katanya.

Difahamkan, wanita terbabit berdepan masalah rumah tangga.

"Apabila dipujuk, ahli PPKM, dua beranak itu dapat dibawa turun sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

"Sebelum ini, wanita berkenaan juga difahamkan pernah beberapa kali bertindak sedemikian bagaimanapun diselamatkan orang ramai," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana