Hospital Assunta nafi cuai dalam kematian pelajar 14 tahun

PETALING JAYA: Hospital Assunta di sini menafikan tuduhan doktornya cuai sehingga menyebabkan kematian  seorang pelajar berusia 14 tahun pagi tadi.

G.Tinnasha meninggal dunia beberapa minit selepas keluarganya mengadakan sidang akhar untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rawatan yang diterima mendiang.

Pelajar tingkatan dua itu di bawa ke hospital berkenaan Ahad lalu oleh ibunya I Uthayabavani setelah mengadu deman.

Bagaimanapun setelah diberi suntikan keadaan pelajar didakwa bertambah teruk beberapa hari sehingga beliau meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi tadi.

Keluarga mangsa berkata doktor yang merawat Tinnasha cuai dalam memberikan ubat dan pihak hospital pula bersikap lewa dalam mengendalikan kes itu.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta Peter Leong berkata Tinnasha telah diberikan rawatan secara professional dan punca kematian masih belum di pastikan.

"Kita berharap keluarga tidak melemparkan tuduhan kerana keputusan bedah siasat masih belum diperolehi. Di pihak kami, doktor yang merawat mangsa bertindak secara professional dan ubat yang diberikan sesuai dengan sakit yang dialami mangsa," tambah beliau.

Ibu Tinnasha berkata keluarganya tidak dapat menerima nasib yang menimpa mangsa.

"Beliau dibawa ke wad kecemasan pada kira-kira pukul 8.30 malam Ahad lalu. Beberapa jam kemudian, anak saya berkata kepalanya amat sakit dan rasa loya,” kata I Uthayabavani.
 
Kira-kira pukul 5 pagi, Tinnasha mengalami serangan jantung dan pernafasannya semakin sesak.

Beliau kemudian hilang keupayaan bernafasdan mesin bantuan penafasan terpaksa diguna namun Tinnasha tidak dapat dipulihkan dan meninggal dunia selepas empat hari di Hospital Assunta.

Bapa saudara Tinasha, Ramesh, menyifatkan gadis itu sebagai aktif dalam pertubuhan sukarela di sekolah dan giat menjalani latihan untuk konsert sekolah sebelum di masukkan ke hospital.

Uthayabavani dan suaminya and B Ganesan Rao yang bekerja sebagai pemandu taxi membuat laporan polis terhadap pihak hospital.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana