Harga RON95 : Kerajaan tidak layan desakan...terpulang pada pembangkang nak demo

Kerajaan tidak akan ambil pot terhadap gertak Rafizi Ramli PKR hendak anjur demo Pakatan Rakyat pada 31 Disember sekiranya harga RON95 dan disel tidak diturunkan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan tidak boleh mengikut kehendak mana-mana individu dan parti politik dalam membuat keputusan untuk menurunkan harga petrol di negara ini.

Beliau menjelaskan keputusan menurunkan harga petrol itu hanya boleh dibuat sekiranya harga minyak mentah turun ke paras lebih rendah di pasaran dunia.

"Kita bukan buat keputusan berdasarkan demonstrasi atau mana-mana desakan... kita buat keputusan apa yang betul dan baik untuk rakyat dan jika pembangkang mahu mengadakan demonstrasi (desak turunkan harga petrol diturunkan) itu terpulang pada mereka.

"Keputusan menurunkan harga petrol dibuat berdasarkan data dan fakta, sekiranya OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) memutuskan supaya pengeluaran minyak dikurangkan, harga minyak dunia pasti akan naik...jadi mereka (pembangkang) mahu buat demonstrasi untuk apa?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam , Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli bahawa parti itu akan mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga petrol menjelang tarikh demonstrasi itu.

Ahad lalu Ahmad Maslan memberitahu wartawan di Alor Gajah kajian penurunan harga RON95 hanya akan dibuat sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong.

Sekarang ini harga minyak mentah dunia ialah AS$79.41 setong.

Katanya bila harga minyak mentah turun ke paras itu cadangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan.

Ahmad Maslan berkata bila sudah sampai paras antara AS$70-AS$75 setong ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.

Pada 1 Oktober lalu, kerajaan umum harga minyak petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam berkenaan.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.-16/11/2014

Ahmad Maslan mengulangi jaminan beliau jika berlaku penurunan harga minyak mentah dunia di bawah tahap subsidi (kerajaan), beliau sendiri akan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya turunkan harga petrol berkadaran dengan harga minyak dunia.

Mengulas mengenai harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara yang turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, Ahmad berkata langkah itu selaras dengan penurunan harga pasaran bahan api itu di pasaran dunia.

Jelasnya, harga runcit RON97 tidak ditentukan oleh subsidi kerajaan sebaliknya mengikut 'apungan terurus' dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana