Harga RON95 akan dikaji semula bila harga minyak mentah dunia turun paras AS75 setong

Kebelakangan ini ada sesetengah pihak telah mempersoalkan mengapa harga minyak RON95 masih kekal di paras sedia ada sedangkan harga minyak mentah dunia sudah turun.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjelaskan kajian penurunan harga RON95 hanya akan dibuat sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70-AS$75 setong.

Sekarang ini harga minyak mentah dunia ialah AS$79.41 setong.

Katanya bila harga minyak mentah turun ke paras itu cadangan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RON95 diturunkan.

Ahmad Maslan berkata bila sudah sampai paras antara AS$70-AS$75 setong ia sudah melepasi kadar subsidi yang dikenakan oleh kerajaan kepada bahan api itu.

Timbalan Menteri itu memberitahu demikian selepas selepas Majlis Penerangan GST di Alor Gajah ,Ahad.

Pada 1 Oktober lalu, kerajaan umum harga minyak petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam berkenaan.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana