Harga Minyak Diramal Lebih Rendah Pada 1 Disember?

Tersentak dan tersentap Rafizi Ramli bila Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa mulai bulan Disember ini harga Petro RON95 dan Diesel akan ditentukan dengan kaedah pengapungan terkawal (managed float).

Rakyat Malaysia rata-ratanya sudah kenal siapa Rafizi, Naib Presiden Parti Keadilan yang cuba menonjol lebih dari pemimpin-peminpin yang lain dalam partinya melalui kaedah ‘laungan mulut hapak’, gema kuat tapi semuanya menipu dan sembunyi tangan bila najis dilontarkan. Beliau cuba nampakkan kepada Anwar betapa hebatnya beliau kalau nak dibandingkan dengan Azmin Ali sekali pun.

Akhirnya, akibat kerana terlalu banyak guna kaedah tangan terpalit najis maka beliau diturunkan pangkat dari Pengarah Strategik Parti kepada Setiausaha Agung, dengan tujuan supaya mulut hapaknya tidak lagi melatah mencemarkan nama parti.

Namun kerana kedegilan dan kebodohan yang sudah sebati sebagai sifatnya, beliau ingin tunjukkan betapa idea beliau masih berbisa, Rafizi terjerat dengan rancangannya ingin menggunakan Sambutan Malam Tahun Baru 31 Disember ini sebagai Demostrasi Turunkan Harga Petrol dan GST terencat.

Pengumuman kaedah pengapungan terkawal (managed float) membuatkan beliau menukar tajuk demostrasi kepada ‘Bantah Kerajaan Menghapuskan Subsidi Minyak dan GST”.

Rafizi yang masih kekal dengan penyakitnya membodohkan rakyat Malaysia, seolah-olah rakyat negara ini tidak tahu membezakan antara penghapusan total subsidi dengan penarikan subsidi yang bersandarkan pengapungan terkawal (managed float).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana