Haji Hadi lepas bom...'terserah pada saya nak hadir atau tidak'

Isu Datuk Seri Haji Hadi Awang 'ponteng' mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat nampaknya belum ada tanda penamatnya.
Walaupun sebelum ini ada usaha kalangan pimpinan PAS untuk redakan isu yang sudah berlarutan ini,namun DAP terus geletek mempersoalkan sikap Presiden PAS dan mahu jaminan beliau akan hadir.

Desakan demi desakan yang berterusan ini jelas membuat Haji Hadi seperti tersinggung.

Ini dapat dirasai ketika ditemui wartawan di Gombak Ahad.Beliau tetap tidak mahu beri sebarang jaminan akan hadir atau tidak.

" Saya tidak perlu ditanya,jika saya nak hadir saya akan hadir," katanya.

Malah ketika didesak samaada akan hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang ini beliau hanya jawab," terserah pada saya samaada nak hadir atau tidak".

Jawapan seumpama itu sudah tentu boleh mencetuskan pelbagai andaian yang memeningkan kepala pimpinan DAP dan PKR.

Sebelum itu ketika ditemui wartawan di Marang kelmarin Hadi beri alasan tahap kesihatannya kebelakangan ini telah membataskan pergerakannya.

Bukan rahsia lagi sejak krisis Menteri Besar Selangor Presiden PAS itu nampak ' lain macam' dan mengelak hendak bersua dengan pimpinan DAP dan PKR.

Senario serba salah ini masih wujud sekalipun dalam ucapan dasarnya di Muktamar PAS di Batu Pahat baru-baru ini Hadi kata PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat.

Bagi bos DAP,Lim Guan Eng yang sebelum ini beberapa kali mempersoalkan sikap Hadi ketidakhadiran Presiden PAS itu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan adalah seperti PAS tidak hadir.

Ini katanya kerana beliau ada pemegang kata putus PAS.

Guan Eng memberi contoh bagaimana dalam beberapa kes Hadi 'langgar' keputusan yang dibuat oleh pemimpin PAS lain yang hadir mewakili Presiden PAS itu.

Paling ketara ia berlaku semasa krisis Menteri Besar Selangor bilamana Hadi menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

Malah keputusan mendesak Hadi hadir dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP baru-baru ini.

Sementara itu Guan Eng dalam kenyataan Ahad mempertikaikan dakwaan pimpinan PAS beliau lebih kerap ponteng mesyuarat.

Katanya mereka harus periksa fakta sebelum buat dakwaan Hadi lebih banyak hadir mesyuarat darinya.

Dalam pada itu PKR nampak sangat ambil jalan selamat dalam isu yang sedang hangat ini.

Sekalipun Hadi nampak macam nak mengelak mereka bersua ,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanya wartawan baru-baru ini mendakwa beliau 'ada berhubung' dengan Presiden PAS itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketika ditanya wartawan Ahad cuba downplay isu ini.

Baginya ketiadaan Hadi pada mesyuarat penting Pakatan Rakyat tidak menjejaskan hubungan baik antara tiga parti itu.

"Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR. "Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar,"katanya.

Kalangan pemerhati politik menilai gelagat Hadi jelas menunjukkan ada yang tidak beres dalam hubungan dengan DAP dan PKR.

Bagi mereka jika tidak ada sesuatu mana mungkin Presiden PAS itu begitu berat mulut hendak beri jaminan untuk hadir mesyuarat.

Malah ada kalangan yang kenal dengan stail Hadi terus bingung melihat ding dong beliau.

"Biasanya orang yang terguris akan bersikap begitu," kata salah seorang dari mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana