GUAN ENG TUDUH HADI GILA KUASA....TAPI MASIH LAGI RAKAN SEKUTU

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang gila kuasa sebagai Presiden PAS, namun dalam masa sama seringkali ‘ponteng’ menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, pemimpin lain yang bukan Presiden PAS (hadir mesyuarat), ia adalah satu kegagalan kerana mereka bukan pemimpin tertinggi yang boleh buat keputusan parti.

“Pemimpin tertinggi PAS adalah Presiden PAS, dia sendiri mengatakan secara terbuka bahawa dia boleh menolak semua (keputusan) jawatankuasa pusat (parti)

“Walaupun, saya adalah Setiausaha Agung PAS (DAP?), saya tidak boleh menolak (keputusan) jawatankuasa pusat (parti). Dia (Abdul Hadi) boleh tolak. Sebab itu, dia perlu menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat,”katanya disiarkan Kinitv semalam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden PAS, Abdul Hadi supaya hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin PAS itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan PAS pada masa akan datang.

“Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

“Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka,” katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, laporSinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Guang Eng yang menegur sikap Abdul Hadi kerana seringkali tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PR dan membelakangkan keputusan yang diputuskan badan itu.

Tanpa berselindung, Guan Eng berkata, agak sukar bagi PR untuk terus beroperasi apabila PAS mempunyai pemimpin yang boleh ‘menolak segalanya’, termasuk keputusan yang dicapai ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini.

Ketika ditanya tentang sikap Abdul Hadi itu, Anwar bagaimanapun mengesahkan dakwaan Guan Eng itu sambil memberitahu pemimpin PAS itu tidak kerap menghadirinya.

“Saya tidak mahu beri tuduhan negatif kepada Hadi. Jadi dia akan hadir mesyuarat akan datang.

“Saya rasa komunikasi dengan dia tiada masalah,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana