GUAN ENG SALAHKAN BN WALAUPUN AKUI PDC JUAL RUMAH RM3 JUTA SEUNIT

Senang betul  Guan Eng jadi Ketua Menteri walupun  sudah 6 tahun di P.Pinang. Segala apa yang salah berlaku dalam pentadbirannya semuanya disalahkan kerajaan BN . 

Dia mengakui tak tahu harga tinggi rumah  dijual PDC di Bayan Mutiara   tetapi masih lagi menyalahkan BN kerana yang luluskan projek itu dulu  dengan juga  mendesak Datuk Jahara mohon maaf .
Apakah selama  6 tahun dan  masuk penggal kedua  ini ,  BN  masih ada kuasa  hingga menyebabkan Ketua Menteri paling disayangi kaum Cina negeri ini tak ada teloq untuk turunkan harga rumah ??

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D’Residence, Bayan Mutiara.
Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.
Bernama melaporkan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih.

Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.“Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

“Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya dalam sidang media.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.
“PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana