Gobind Nasihat Nik Amar Berhati-Hati Keluarkan Kenyataan...

KUALA LUMPUR 19 Nov - Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menegur salah faham Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yang dilaporkan meminta DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

“Sementara DAP memohon supaya Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, kita dituduh mahu menolak PAS keluar daripada Pakatan,” katanya yang kesal dengan kenyataan tersebut.

Kata Gobind, rakyat Malaysia mengharapkan pimpinan Pakatan Rakyat yang bersatu hati dan minda untuk membina sebuah perikatan politik alternatif yang mampu memimpin negara menggantikan Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, usaha serius perlu diperlihatkan oleh kesemua parti komponen Pakatan demi memastikan kejayaan dapat dicapai.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan akan hadir ke mesyuarat Majlis Pakatan Pakatan Rakyat menurut kehendaknya sendiri; setelah dirayu agar hadir beberapa kali oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Gesaan tersebut mendapat sambutan kurang baik daripada beberapa pihak dari PAS, sambil menjelaskan bahawa kesihatan Presiden parti Islam itu kurang baik.

“Kita tidak menyerang Hadi secara peribadi, tetapi pengalaman menunjukkan bahawa PAS sememangnya ditadbir oleh seorang individu iaitu Haji Hadi.

“Beliau seorang sahaja yang boleh mengatasi sesiapa atau mana-mana jawatankuasa dalam parti itu,” kata Gobind.

Pakatan Rakyat mesti bersatu hati, jangan sampai berpecah

Menurutnya lagi, tidak salah untuk memintanya hadir ke mesyuarat jika keputusan mesti dibuat berkaitan masa depan Pakatan Rakyat.

“Tiada guna mengadakan mesyuarat jika individu utama tidak kisah mahu datang atau tidak; dan semua perbincangan berakhir dengan ‘kita akan minta nasihat pemimpin’ dan tiada keputusan dapat dicapai,” tambah Gobind lagi.

Bagi beliau, kurangnya komitmen bukan sahaja menunjukkan rasa tidak hormat kepada parti-parti komponen, bahkan kepada rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan dan mengharapkan pemimpinnya bersatu hati.

Semalam, Nik Amar dilaporkan lidah Umno Utusan Malaysia berkata bahawa DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu,

Nik Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana