GAMBAR: BIADAP! PERSENDA TRAGEDI MH370, MH17 SEMPENA PESTA HALLOWEEN

Kuala Lumpur – Tindakan ‘tidak sensitif’ se­gelintir pihak menggunakan kostum berkaitan tragedi MH370 dan MH17 pada sambutan Halloween baru-baru ini, mendapat kritikan ramai pengguna laman sosial termasuk anak kepada Ketua Pramugara MH370.

Mail Online melaporkan, tahun ini ramai pengguna laman sosial sama ada Facebook, Twitter atau Instagram memuat naik gambar ‘menjelikkan’ sempena perayaan Halloween dengan menggunakan hashtag #Malaysia, #terlaluawal dan #MH370, seolah-olah ‘mengejek’ ahli keluarga mangsa.

Antara gambar yang dimuat naik adalah aksi tiga orang wanita berpakaian seperti pramugari dan bersolek seperti zombie sambil minum dengan menggunakan cawan tertera nama Malaysia, sementara satu lagi foto menunjukkan dua lelaki memakai pakaian seragam juruterbang yang compang-camping dan mempunyai kesan warna merah menyerupai darah.

Rakyat Malaysia yang kecewa dengan perbuatan sedemikian mengutuk tindakan tersebut dan menggesa individu berkaitan supaya segera memadam gambar berkenaan.

“Jenaka atau sindiran seperti itu akan menyebabkan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terluka. Menganjurkan pesta Halloween yang menggambarkan tragedi MH370 dan MH17 tidak memberikan sebarang mesej positif.

“Jangan cuba menambah luka kepada keluarga mangsa,” kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin kepada Malay Mail.

Sementara itu, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari, menya­makan tindakan tidak sensitif itu dengan ‘rakyat Malaysia cuba berlawak jenaka dengan tragedi sera­ngan di World Trade Centre’.

“Sesetengah orang fikir perbuatan mereka adalah satu lawak tapi sebenarnya tidak. Nahas berkenaan bukanlah satu bahan jenaka dan jika ada yang fikir sedemikian, saya rasa mereka tidak waras,” jelas Nari.

Nahas udara MH370 dan MH17 mengakibatkan 537 orang penum­pang dan anak kapal dari 19 buah negara terkorban.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana