FAHMI ZAINOL (PMUM) MEMPERALATKAN KAMI-KATA WAKIL PELAJAR UNIVERSITI MALAYA..!!

Pelajar Universiti Malaya (UM) telah mencipta sejarah Isnin lalu apabila berkumpul dan bersatu menentang pihak pentadbiran universiti,berkenaan desakan mereka yg membawa Anwar Ibrahim ke kampus utk mendengar pidatonya "40 Tahun,Dari UM Ke Penjara".

Walau bagaimana pun,di sebalik peristiwa ini,ia turut mendedahkan bahawa Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM),Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan drp mana2 drp 43 orang anggota dewan yg lain.

Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus,Mohd Faridzuan Karim berkata,program pidato Anwar Ibrahim tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yg lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.

Fahmi Zainol menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) utk membuat keputusan satu pihak utk meneruskan program yg tidak pernah dipersetujui oleh MPP yg lain.

Mengapa,bagaimana dan apa alasan beliau (Fahmi) bagi menggunakan MPPUM dlm poster yg ditempatkan di seluruh universiti? Katanya yg marah apabila melihat poster yg mengandungi nama MPPUM yg terpampang di seluruh kampus.

Katanya,beliau juga tidak menyokong penganjuran program pidato oleh Anwar Ibrahim.

Mohd Faridzuan menambah,MPPUM turut menentang tidakan Fahmi Zainol yg membawa Anwar Ibrahim ke kampus.

Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yg hadir adalah bukan drp pelajar UM tetapi dari luar.

Malah pelajar2 luar UM melebihi drp pelajar yg ada di dalam.
Jumlah seperti itu hanya terdiri dari beberapa pelajae UM.

Tambahnya,beliau juga tidak menjangka bahawa pintu pakar UM akan dirempuh walaupun telah disekat oleh Pegawai Keselamatan.

Saya rasa bimbang dgn keselamatan dan bersyukur ia berjalan lancar walaupun ada sedikit kekangan.

Bagi saya sebagai pelajar dan pemimpin mahasiswa mereka sepatutnya tidak harus meneruskan program ini dan seharusnya mereka tidak boleh merempuh pagar Universiti,katanya.

Faridzuan turut mempersoalkan "Kenapa dia (Fahmi Zainol) membawa masuk Anwar Ibrahim? Apa sebabnya terutamanya apabila keesokan harinya (Selasa dan Rabu) Anwar mungkin masuk ke penjara?

Adakah mahasiswa dan mahasiswi akan diheret dari politik kampus ke politik jalanan yg selama ini kita tahu dalam Universiti tidak dibenarkan?

INI YANG SAYA MAHU fAHMI zAINOL JAWAB..!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana