Fahmi Zainol nafi ditaja parti politik...Boleh Percaya Ker...Nak Pakai Sendiri?

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menafikan pergerakannya ditaja mana-mana parti politik di negara ini.

Menurutnya, pergerakan dari satu universiti ke universiti yang lain adalah atas dana orang ramai serta rakan-rakannya.

“Sekarang ini dipihak saya sendiri, kalau lihat sendiri akaun Facebook, saya minta derma daripada masyarakat luar. Sejujurnya, saya minta derma, saya tidak ada duit,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temubual, semalam.

Fahmi menegaskan, beliau mendapat sokongan rakan-rakan termasuk dari Singapura.

“Saya dapat dana daripada rakan-rakan di Singapura yang bekerja, rakan daripada PMUM sendiri beri duit. Itu rakan-rakan mahasiswa. Tak ada kata ditaja daripada parti politik. Tak ada.

“Secara jujurnya memang tidak ada. Semua daripada masyarakat bawahan,” katanya.

Ahad lalu, Fahmi bersama beberapa mahasiswa lain telah dibawa ke balai polis dan diambil keterangan ketika cuba berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pasar Gaya Street.

Sebelum ini, Fahmi menarik perhatian umum apabila membawa Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UM bagi mengadakan pidato.

Ekoran tindakan itu, Fahmi bakal berdepan tindakan dari universiti yang bakal menjalankan prosiding pada 18 November ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana