Fahmi Zainol kena mengadap Jawatankuasa Disiplin Universiti Malaya 7 November

Jangan pandai nak gertak saja.Berani buat kena berani tanggong.Presiden Persatuan Pelajar Universiti Malaya (UM) Fahmi Zainol yang mengetuai perbuatan rempuh kampus universiti pada malam 27 Oktober untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin UM pada 7 November ini.
Pihak universiti itu petang Jumaat menghantar surat minta dia mengadap atas sembilan tuduhan berkaitan dengan kejadian itu.

Antaranya mengajurkan perhimpunan lebih dari lima orang dalam kampus tanpa kelulusan Naib Canselor serta gagal mematuhi arahan pegawai universiti semasa perhimpunan itu.

Pada perhimpunan malam menjelang kes rayuan liwat Anwar,pesertanya telah merempuh pagar utama UM.

Mereka kemudiannya telah mengiringi Anwar untuk berucap di dataran Dewan Tunku canselor.

Fahmi dalam interbiu dengan sebuah portal pro pembangkang gertak jika dia dibuang dari universiti itu ramai lagi pelajar akan bangkit menentang.

Sebelum itu pelajar tahun akhir universiti itu juga cakap besar kata dia sedia dibuang kerana hendak menerusikan program bawa Anwar berucap dalam kampus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana