El Haraki : Tiga Ahli Parlimen PAS Penganut Pluralisme & Liberalisme Seperti SIS ?


El Haraki merujuk kepada kenyataan media tiga ahli parlimen PAS itu yang disiarkan dalam facebook Sisters In Islam seperti berikut :

FATWA LIBERALISMA DAN PLURALISMA

Kami mengambil berat fatwa Liberalisma dan Pluralisma yang difatwakan dan digazetkan oleh MAIS untuk memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar. Kami juga meyakini bahawa niat murni pembuat fatwa telah mengambil kira dan telah membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini.

Namun demikan, kami ada beberapa perkara yang perlu kepada penjelasan dari fatwa ini;

1. Takrifan Liberalisma dan Pluralisma tidak dijelaskan, adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama ataukah merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.

2. Adakah Liberalisma dan Pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?

3. Adakah pihak MAIS telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka?

4. Apakah implikasi fatwa ini kepada pandangan-pandangan berbagai dalam memahami hubungan antara agama boleh disalahertikan sebagai Pluralisma dan Liberalisma tanpa satu pentakrifan yang mantap dan membuka ruang untuk berbeza pandangan dalam lingkungan yang diizinkan.

Kami memohon pihak pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa satu muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma supaya ada ruang untuk dibetulkan salahfaham mereka (jika ada) melalui dialog dan persefahaman. Kami turut bersedia untuk membantu dan menyokong proses dialog dijalankan dengan pihak terlibat berpandu kepada firman Allah:

“Dan serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia mengetahui siapakah yang tergolong di kalangan yang mendapat petunjuk” ( An Nahl : 125)

Sekian

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen Parit Buntar

Sdr Hanipa Maidin,
Ahli Parlimen Sepang

Tuan Haji Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana