Dr. Nawar, Pakar Bedah Ortopedik Sangkal Profesional Tolak UMNO


KUALA LUMPUR, 28 Nov. – Dr. Muhammad Nawar Ariffin menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya golongan profesional tidak menyokong perjuangan UMNO.

Tegasnya, dalam UMNO sendiri ada ramai profesional malah sekiranya ada di antara mereka tidak ada dalam parti tetapi itu bukan bermaksud memusuhi UMNO sebaliknya menyokong dalam senyap.

“Saya nak sangkal kenyataan banyak golongan profesional lari dari UMNO kerana itu persepsi pembangkang yang diwara-warakan sedangkan sebenarnya dalam UMNO ramai golongan terbabit,” jelasnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang merupakan pakar bedah ortopedik percaya dengan ruang dan peluang yang diberikan oleh UMNO kepada golongan terbabit tentunya tiada sebarang masalah untuk mereka turut menyumbang dalam idea pembangunan negara.

“Yang saya suka tekankan ialah, profesional yang ingin menyumbang haruslah memahami intipati dan juga keaslian UMNO kerana parti ini bukan NGO biasa sebaliknya berteraskan kepada akar umbi.
IMG_4787
“Jadi jikalau ingin menyumbang di dalam UMNO harus kita turun ke akar umbi, memahami denyut nadi rakyat maka barulah kita akan diterima.

“Kita harus memahami bahawasanya kepimpinan di dalam UMNO memberi peluang yang luas cuma profesional itu yang harus mencari, mengusahakan diri dan memahami jati diri.”

Dalam masa yang sama, beliau yang juga turut membidas ada sebilangan golongan profesional yang melabelkan UMNO dengan macam-macam tuduhan negatif malah meminta mereka untuk sertai parti terbabit bagi mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Masuk dulu UMNO, cuba berikan perkhidmatan, kemudian kita tunjukkan komitmen dan selepas itu lihatlah apa yang kita akan dapat kerana saya dah tengok bagaimana UMNO dapat membantu dengan keikhlasan hati.

“Tetapi tidak bolehlah masuk UMNO kerana nak tunjuk pandai, nak tunjuk saya ini profesional kerana UMNO adalah sebuah parti, ada ahli-ahli akar umbi, ada sistem maka jika nak menyumbang kita boleh menyumbang. Fahami UMNO, kenali denyut nadi UMNO maka insya-Allah, ada hasilnya.”

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada semua anggota parti untuk kembali kepada ajaran agama tanpa hanya tahu mengaku sebagai Islam malah jika mengerjakan sesuatu perlulah ikhlas dari hati tanpa mengungki-ungkit.

Dr. Nawar mewakili Kedah dalam membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 adalah antara 10 orang calon angkasawan negara selain menjadi Ikon Belia Negara 2011. Beliau turut menjadi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena selain Ketua Cawangan UMNO Kampung Menerong. - MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana