Dr Mashitah cipta rekod berucap 45 minit...

Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang kali pertama diberi peluang membahaskan usul agama pada persidangan Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu, bikin kejutan apabila ucapannya yang berani dan bernas menerima "standing ovation" daripada perwakilan.
Daripada masa yang dihadkan selama 10 minit, Ketua Wanita Bahagian Baling itu telah cipta rekod berucap selama 45 minit!

Lima kali beliau ditegur oleh pengerusi tetap untuk menamatkan ucapan dengan segera tetapi dibantah oleh perwakilan yang tengah syok mahu Mashitah meneruskan ucapan.

Apa tidaknya, sebaik membuka mulut, ucapannya tidak pernah menjemukan. Topik yang dibawanya agak serius tetapi diselang-seli dengan seloka dan jenaka yang membuat perwakilan gamat dengan sorakan dan gelak ketawa.

Ramai perwakilan yang berebut-rebut bersalaman dan bergambar dengan ustazah itu sebaik dia selesai berucap.

Mashitah dalam ucapan perbahasannya telah menyentuh isu mengenai kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu, cubaan pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam di negara ini, penggunaan kalimah Allah, LGBT, isu pegang anjing, ustaz/ustazah ekspres, kepincangan parti PAS dalam menegakkan agama dan banyak lagi.

Mashitah yang ditemui selepas itu mengakui merasa terharu dengan respon perwakilan terhadap perbahasannya.

Ditanya tidakkah dia berasa bimbang ucapannya yang berani menegur golongan tertentu boleh mencetuskan kemarahan.

"Samada orang suka atau tidak apa yang saya cakap, itu terserah kepada Allah. Yang penting ialah nawaitu saya jelas dan saya berdiri di atas pentas mewakili Wanita Kedah untuk menyampaikan cadangan yang baik.

"Saya sedia maklum apabila kita berani menegur orang, orang juga berani mengkritik kita. Kalau saya menegur sesuatu yang baik dan pembangkang gunakannya untuk membantai saya, saya bersedia berjuang.

"Bila kita berjuang mestilah ada luka. Kalau kita berani nak masuk politik, ia ibarat macam kita membina rumah di tepi pantai, tak perlu takut  dilambung ombak," katanya.

Mashita berharap kepimpinan dan perwakilan menerima cadangannya supaya diwujudkan Akademi Wanita sebagai pusat sehenti melatih wanita mahir berpidato dan berdebat.

"Kita jadikan wanita pendebat yang boleh berartikulasi dengan hebat dan melatih pewaris kita. Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang melahirkan pemimpin, bukan pengikut semata-mata," tambahnya

Menurut Mashitah, cadangan menubuhkan Akademi Wanita iti juga adalah sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden untuk melahirkan lebih ramai wanita intelektual dan berkebolehan berdebat.

Dalam ucapan perbahasannya Mashitah turut menggesa Pendaftar Pertubuhan dan Pendaftar Perniagaan supaya tidak membenarkan pendaftaran mana-mana badan atau pertubuhan yang menggunakan nama "Islam" sewenang-wenangnya.

Katanya ada antara NGO yang namanya Islam tetapi mengamalkan fahaman yang bukan dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tak kiralah Brothers in Islam ke, Sister in Islam ke, Mothers and Fathers in Islam ke… nama sahaja Islam tapi fahaman yang dibawa bukan Islam Ahli Sunnah Wal Jammah.

“Jika ada perkataan Islam tapi membawa fahaman liberal-plural yakni menyamakan semua agama, mempromosikan LBGT dan Seksualiti Merdeka, ini tentunya bercanggah,” katanya.

Mashitah turut mengkritik tindakan segelintir pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan agama Islam tetapi sanggup menggadaikan agama demi kepentingan politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana