DOA KEJI UMNO BERBALIK KEDIRI SENDIRI......

Masyarakat Islam di negara ini seharusnya menilai kembali asas perjuangan PAS yang kini gagal mendukung kesucian agama itu, demikian tegas pemimpin Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya, hal ini diakibatkan oleh pengaruh dakyah rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang mahu mengenepikan kepentingan agama demi kuasa politik.

"Sepotong doa Rasulullah SAW telah diubahsuai untuk mengutuk mereka yang menentang PAS. Tidak cukup dengan itu, Umno dipanggil syaitan, sesat, barua, jahiliyah, sosialis dan komunis. Difatwakan juga bahawa solat orang Umno tidak membawa pahala, tapi menampal bendera PAS boleh mendapat pahala.

"Pemimpin PAS sudah buta mata dan buta hati. Pemimpin PAS sekarang tidak bersatu macam dulu lagi, mereka berpecah belah dan kini terdapat Team A (Pro-Presiden Pas dan pro-ulama), Team B (pro-Timbalan Presiden, Anwarinas dan pro-liberal) malah Team C (PasMa) dalam PAS. Pendirian dan pandangan mereka mengenai banyak perkara termasuk hal agama menunjukkan mereka berlainan aliran," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Perhimpunan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014, di PWTC, pagi ini.

Tidak itu sahaja, kecelaruan perjuangan yang kini jelas kelihatan secara langsung memperlihatkan perkelahian sesama sendiri di dalam PAS sehingga wujudnya kempen 'Langgar Hadi'.

Tegas Mashitah hal ini berbeza dengan Umno di mana kesemua ahli-ahlinya sentiasa menghormati pemimpin mereka.

"Parti yang kononnya amal idealisme Islam jangan fikir tak ada watak yang gila kuasa dan mampu jatuhkan presiden sendiri. Kalau dulu, PAS terkenal dengan bai’ah, namun sekarang ada ADUN PAS yang sanggup gugurkan bai’ah, tinggalkan jemaah dan parti sendiri untuk menyokong parti lain.

"Ramai berpendapat PAS hari ini sudah rosak. Sikap ‘syaitan bisu’ yang pernah dilemparkan kepada ulama Umno kini terpalit kepada ulama PAS kerana tidak bersuara walaupun pelbagai penghinaan dilakukan DAP terhadap agama Islam dan penganutnya.

"Kini, dalam banyak perkara, pendirian PAS tidak banyak beza dengan DAP. Malah, jika hudud tidak diambil kira, PAS dan DAP adalah hampir parti yang sama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu Mashitah mahu ramai pihak sedar bahawa Umno lebih terkedepan dalam banyak perkara.

Maka, ketika PKR dan PAS kini bergelut dengan krisis dalaman mereka, Umno harus menunjukkan keikhlasan dan moderatnya dalam perjuangan.

Tegasnya lagi, golongan Melayu dan Islam di dalam PKR tidak lagi boleh diharap mempertahankan dua isu yang menjadi kontroversi rakyat pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana