Dewan Ulama PAS : Tun M lebih Baik 'Tutup Mulut'...Alahaiiii Kenapa Perlu Takut?

KUALA LUMPUR 10 Okt - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diingatkan tidak membuka mulut atau mempertikaikan tahaluf siyasi yang dipelopori Pas kerana ia bukan bidang bekas pemimpin Umno itu.

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan tahaluf siyasi adalah isu agama dan ia tidak sewajarnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Suka saya ingatkan Tun Mahathir supaya dia faham perkara ini dan jangan sebut berselindung dengan bahasa Arab kerana apa yang berlaku gabungan antara Pas, PKR dan DAP, adalah satu gabungan untuk menentang sebarang bentuk kezaliman dalam negara kita.

"Sebab itu dalam isu ini, nasihat kepada Tun Mahathir, dia tak payah bercakap kerana bukan bidang dia dan isu tahaluf siyasi ini, isu agama yang rasa tidak boleh dipermainkan oleh sesiapa saja," katanya memetik laporan Sinar Harian Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengatakan Pas menggunakan perkataan Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana