DENDAM YANG TAK KUNJUNNG HABIS - AZMIN ARAH SIASAT PEMBANTU2 KHALID IBRAHIM

Menteri Besar Selangor mengarahkan siasatan dilakukan terhadap lapan orang pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu wang berjumlah RM2.5 juta.

Azmin dilaporkan Antarapos berkata perkara tersebut akan disiasat secara teliti oleh pengurusan baharu Menteri Besar Incorporated (MBI) yang bakal dilantik pada 1 Disember depan.

“Ya, terlalu jelas wujud salah guna kuasa bukan sahaja dari segi jumlah malah proses pemberian pampasan.

“Penyaluran ganti rugi kepada lapan orang ahli lembaga MBI itu dilakukan serta merta dan ia jelas meragukan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Shah Alam, hari ini.

Ujar Azmin lagi, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya siasatan akhir mendapati pembayaran pampasan itu melanggar ketetapan yang sepatutnya.

“Kita tidak akan sembunyikan fakta malah tidak akan berkompromi dengan salah guna kuasa. Semua perkara harus diselesaikan mengikut proses. Beri saya masa untuk selesaikan semua kemelut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara setiausaha akhbar Khalid, Arfa’eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.

Sementara itu Khalid ketika ditemui Antarapos selepas merasmikan Program Sajian Rakyat bertempat di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, minggu lalu berkata beliau bersedia untuk disoal siasat berkaitan dengan bayaran pampasan itu.

Khalid berkata pembayaran itu ditentukan dibawah kiraan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang mana pembayarannya adalah kurang daripada 2% daripada rizab tunai yang dimiliki MBI iaitu RM112 juta.

Jumlah pampasan itu mencetuskan kontroversi kerana ia melibatkan nilai yang besar, apatah lagi diluluskan di kala penghujung khidmat Khalid, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MBI ketika itu.

Selain Khalid, peruntukan berkenaan turut diluluskan oleh dua lagi ahli lembaga pengarah MBI, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Pegawai Kewangan Negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana