Demo pendidikan percuma hambar...Kesiannya

KUALA LUMPUR - Protes menuntut pendidikan percuma anjuran NGO Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini mendapat sambutan hambar apabila hanya 15 orang sahaja menyertainya.

Mengikut perancangan asal, mereka berkumpul terlebih dahulu di hadapan pekarangan Masjid Al-Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke menara berkembar Petronas KLCC selepas solat Jumaat.

Protes yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang itu bagaimanapun dilihat hambar apabila suasana masjid tersebut semakin lenggang selepas jemaah meninggalkan masjid.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Khairol Najib Hashim yang hadir memberikan sokongan kepada GMPP menafikan protes tersebut tidak mendapat sambutan sebaliknya mahasiswa sedang sibuk dengan pilihan raya kampus.

"Sebenarnya bukan tidak dapat sambutan tetapi masing-masing sibuk dengan pilihan raya kampus, macam semalam UIA dan UKM baru sahaja berakhir, hari ini ada proses bantahan, di UM pula dalam proses berkempen

"Yang ada hari ini hanya mewakili mereka sebagai pencetus isu bagi orang sedar.

"Lepas ini kita akan buar roadshow untuk beri kesedaran kepada mahasiswa di setiap kampus," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana