Demi Keharmonian Malaysia : Akta Hasutan Perlu Dikekalkan


KUALA LUMPUR 15 Nov - Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) bersetuju bahawa Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan di dalam perlembagaan negara dan tidak dimansuhkan.

Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata insiden tidak diingini seperti ketengangan antara kaum dapat dibendung melalui akta tersebut sekaligus dapat memelihara keharmonian dan kesetabilan negara.

"Tindakan meminda, memansuh atau memperkukuhkan Akta Hasutan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

"Akta itu tiada kaitan melindungi mana-mana agama dan kaum. Ia dikuatkuasakan ketika era kolonial. Kenapa pula British mahu mempertahankan Melayu?,"katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media disini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut termasuklah bekas Ketua Polis Negara yang juga merupakan penasihat MPM, Tun Mohamad Hanif Omar, dan Setiausaha Agung MPM, Datul Dr. Hasan Mad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana