DAP TERTANYA-TANYA ADAKAH PAS MAHU TERUSKAN TAHALUF SIYASI....

Yang mahu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tampil dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bukan hasrat peribadi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seorang. Ia adalah pendirian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Keputusan itu diambil demi menegaskan kepercayaan DAP bahawa pada kacamatanya hanya presiden PAS sahaja yang ada kuasa untuk membuat keputusan sama ada mahu terus bekerjasama (tahaluf siayasi) dengan PKR dan DAP atau sebaliknya.

Sudah beberapa kali apabila mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) mahu membuat pendirian penting seperti menyokong atau tidak Langkah Kajang dan memilih Menteri Besar baru untuk Selangor, keputusan yang dicapai bersama wakil presiden PAS, sering diveto oleh Hadi.

Lantas, cuma kehadiran batang tubuh Hadi dalam mesyuarat majlis presiden sahajalah yang boleh mengizinkan DAP untuk mendapat kata muktamad sama ada PAS masih berminat menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP atau tidak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana