DAP Sifatkan UMNO Penakut, Bahas 1MDB Di #PAU2014...BODOHNYA Teresa Cock Ni

KUALA LUMPUR 22 Nov - DAP menyifatkan UMNO sebagai penakut ekoran keengganan parti tersebut membahaskan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen.

Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata, UMNO hanya membentangkan isu tersebut pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), minggu hadapan.

"Isu melibatkan 1MDB yang dibangkitkan oleh DAP dan Dr Mahathir adalah isu serius di mana delegasi Umno perlu berani untuk mendebatkannya," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Beliau turut mempertikaikan usul perbahasan PAU2014 termasuk isu sekolah vernakular dan peranan syarikat berkaitan kerajaan yang disifatkannya tidak membawa penyelesaian.

"Apa perhimpunan agung itu cuba capai dengan menjadikan isu sekolah vernakular sebagai topik utama dan dalam konteks sekolah satu aliran bertentangan sekolah vernakular?

"Adakah ia taktik untuk menyalahkan sekolah vernakular sebagai kegagalan kerajaan membawa perpaduan sebenar atau menjadikan ia alasan sebagai kegagalan Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum?" katanya.

Kok berkata, Umno sewajarnya mencermin diri mereka sendiri sebagai punca kegagalan sistem pendidikan negara, malah menteri sendiri menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa.

"Jika Umno terlalu bimbang dengan isu pendidikan sekolah rendah, mereka juga boleh berbincang secara rasional mengapa sekolah kebangsaan gagal menjadi pilihan utama ibu bapa, seperti yang dibangkitkan bekas perdana menteri di mana ramai menteri dan pemimpin Umno menghantar anak mereka ke sekolah swasta atau antarabangsa, sama ada dalam atau luar negara," katanya.

Kok juga membidas Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyerangnya secara peribadi, tetapi pada masa sama tidak berani membangkitkan isu 1MDB.

"Beliau tidak berani untuk bangkitkan isu 1MDB di PAU 2014.

"Bagi menyembunyikan fakta, beliau memilih untuk serang saya secara tidak berasas dan DAP. Serangannya termasuk menuduh saya pada masa lalu menghina kedudukan orang Melayu dan Islam," kata Kok.

Kok mengingatkan Syed Ali, isu 1MDB bukan kecil tapi merupakan skandal terbesar negara, ia sendiri dipersoalkan Dr Mahathir.

"Adakah Syed Ali juga akan mendakwa Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk mencemarkan imej Najib?" katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana